Lelaki bakar teman wanita kerana cemburu

NAKHON SAWAN – Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak kejam membakar teman wanitanya di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Krai Lat, daerah Pak Nam Pho, Thailand, Isnin lalu.
Menurut laporan The Thaiger, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Apichai Chantarak melarikan diri selepas melakukan serangan berkenaan.
Menurut saksi, pada awalnya pasangan itu dilihat bertengkar sebelum suspek menyimbah petrol ke atas mangsa dan menyalakan api.
Mangsa yang dikenali sebagai Nicha, 33, berjaya diselamatkan oleh saksi di tempat kejadian dan dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Sawan Pracharak.
Pada jam 8 malam hari yang sama, polis menerima laporan baharu daripada penduduk di Wat Khao mengenai seorang lelaki bertindak agresif dan cuba terjun ke Sungai Chao Phraya berhampiran.
Lelaki itu mengaku menyerang teman wanitanya kerana cemburu sebelum ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Mueang Nakhon Sawan untuk tindakan lanjut.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki membakar teman wanitanya di hadapan sebuah pasar raya di Nakhon Sawan, Thailand kerana cemburu
- Suspek melarikan diri selepas serangan tetapi ditangkap malam itu juga
- Pasangan itu bertengkar sebelum suspek menyimbah petrol dan menyalakan api
- Mangsa, Nicha berusia 33 tahun, diselamatkan tetapi dalam keadaan kritikal
- Suspek mengaku menyerang karena cemburu dan ditahan untuk tindakan lanjut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
