Sarung baju tidur teman wanita ketika dicekup khalwat

Gara-gara cemas diserbu penguat kuasa agama, seorang lelaki hanya sempat menyarungkan baju tidur milik teman wanita ketika dicekup khalwat.
Gara-gara cemas diserbu penguat kuasa agama, seorang lelaki hanya sempat menyarungkan baju tidur milik teman wanita ketika dicekup khalwat.
A
A
A

KULIM - Gara-gara cemas diserbu penguat kuasa agama, seorang lelaki hanya sempat menyarungkan baju tidur milik teman wanita ketika dicekup khalwat dalam kejadian di sebuah premis bilik sewa di sini pada Khamis.

Lelaki berusia 23 tahun itu dilihat memakai baju yang mempunyai gambar kartun ketika pemeriksaan dibuat ke atas kedua-duanya yang berada dalam sebuah bilik pada jam lebih kurang 9.50 pagi.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, bekas pekerja kilang itu ditahan berkhalwat bersama pasangannya berusia 16 tahun yang dikatakan bekerja di sebuah pusat snooker.

"Remaja perempuan terbabit dikatakan baru bekerja sejak tiga bulan lalu dan menyewa bersama adik perempuan kekasihnya yang bekerja di tempat sama. Hasil soal siasat, mereka mengaku bukan suami isteri. Ketika ditangkap remaja perempuan memakai baju kelawar dan teman lelakinya memakai baju tidur bergambar kartun.

Lelaki ini dicekup bersama kekasihnya di sebuah bilik sewa pada pagi Khamis.
Lelaki ini dicekup bersama kekasihnya di sebuah bilik sewa pada pagi Khamis.

"Lelaki itu memberi alasan menumpang tidur di situ setelah menghantar teman wanita pulang dari tempat kerja," katanya.

Katanya, semasa diserbu, mereka mengambil masa kira-kira satu minit sebelum pintu dibuka dan pemeriksaan menjumpai, lelaki tersebut berada di atas katil.

Pemeriksaan juga mendapati, adik lelaki tersebut duduk di bilik sewa berasingan dalam premis yang sama.

Artikel Berkaitan:

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Ringkasan AI

  • Lelaki 23 tahun ditangkap berkhalwat dengan remaja perempuan 16 tahun di Kulim
  • Lelaki itu memakai baju tidur bergambar kartun semasa pemeriksaan
  • Pasangan tersebut bukan suami isteri dan remaja perempuan baru bekerja di pusat snooker selama tiga bulan
  • Lelaki tersebut mengaku menumpang tidur setelah menghantar teman wanitanya pulang kerja
  • Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!