Amaran ribut petir, hujan lebat di dua negeri petang ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri hingga 2 petang ini.
Menurut kenyataan pada 10.40 pagi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Melaka, serta Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Melaka dan Johor hingga 2 petang
- Terlibat seluruh negeri Melaka dan beberapa kawasan di Johor termasuk Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru
- Amaran dikeluarkan apabila intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam
- Amaran ribut petir adalah jangka pendek, sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam
- Kenyataan dikeluarkan oleh MetMalaysia pada 10.40 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
