Pengenalan Skim Lindung 24/7 satu perubahan bersejarah - Steven

Steven Sim. Foto Bernama
Steven Sim. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Rakyat semalam, dengan antara lain memperkenalkan Skim Lindung 24/7 adalah satu perubahan bersejarah, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Beliau berkata, ia merupakan kali pertama sejak 1969 untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyediakan perlindungan menyeluruh kepada pekerja sepanjang masa, termasuk di luar waktu bekerja.

“Pekerja Malaysia kini akan dilindungi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan setiap masa, bila-bila masa!

“Hal ini akan menjimatkan kos bagi pekerja, keluarga mereka, majikan dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Steven menganggarkan pada tahun pertama pelaksanaan, Skim Lindung 24/7 mampu menjimatkan hingga RM600 juta wang pembayar cukai bagi perbelanjaan perubatan dan bantuan kebajikan.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 antara lain bertujuan memperkenalkan Skim Lindung 24/7 iaitu perlindungan menyeluruh kepada pekerja sepanjang masa termasuk di luar waktu bekerja.

Steven berkata, pelaksanaan skim berkenaan bakal memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 diluluskan Dewan Rakyat, memperkenalkan Skim Lindung 24/7
  • Ini adalah perubahan bersejarah untuk PERKESO sejak 1969, menyediakan perlindungan menyeluruh kepada pekerja setiap masa
  • Pekerja Malaysia kini dilindungi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu
  • Skim Lindung 24/7 dianggarkan menjimatkan hingga RM600 juta wang pembayar cukai dalam tahun pertama pelaksanaan
  • Skim ini memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!