Tukang masak maut kereta terjunam dalam sungai

Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan pasukan bomba dan penyelamat.
Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan pasukan bomba dan penyelamat.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang tukang masak maut setelah kenderaan dinaiki bersama rakan terjunam ke dalam sungai di Jalan Pengkalan di sini pada jam lebih kurang 12.55 tengah malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa Loo Eng Huat, 34, gagal menyelamatkan diri setelah kenderaan dipandu terbabas ke dalam sungai ketika melalui sebuah jambatan di lokasi kejadian.

Menurutnya, penumpang kereta, Ooi Jing Huang, 30, juga bekerja sebagai tukang masak dilaporkan mengalami kecederaan.

"Pada jam 12.55 tengah malam, polis terima maklumat satu kemalangan jalan raya melibatkan kereta jenis Toyota Vios warna hitam terjatuh ke dalam sungai.

"Siasatan awal mendapati kereta dari arah Riverfront Sungai Petani menghala ke arah Taman Intan telah hilang kawalan kemudian terlanggar penghadang besi jambatan lalu terbabas ke dalam sungai," katanya.

Menurut Hanyan, penumpang sempat keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri sebelum kereta tenggelam.

"Pemandu kereta berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan disahkan maut," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang tukang masak maut setelah kenderaan terjunam ke dalam sungai di Jalan Pengkalan, Sungai Petani
  • Mangsa, Loo Eng Huat, 34, gagal menyelamatkan diri setelah kenderaan dipandu terbabas masuk sungai
  • Penumpang kereta, Ooi Jing Huang, 30, juga seorang tukang masak, mengalami kecederaan
  • Kenderaan jenis Toyota Vios dari arah Riverfront Sungai Petani ke Taman Intan hilang kawalan dan terlanggar penghadang jambatan
  • Mayat pemandu disahkan maut dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk proses bedah siasat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!