‘Perompak bank’ rupanya seekor kucing

Polis berjaya membawa kucing itu keluar.- Agensi
Polis berjaya membawa kucing itu keluar.- Agensi
A
A
A

ISTANBUL – Satu insiden lucu berlaku di Turkiye apabila polis yang cuba menangkap perompak di sebuah cawangan bank di Kuşadası, Aydın pada 24 November lalu 'hampa' selepas mereka mendapati ‘suspek’ sebenar hanyalah seekor kucing yang tersesat, bukannya penjenayah seperti disangka.

Kejadian itu berlaku ketika bank berkenaan ditutup dan kucing tersebut dipercayai merayau masuk ke dalam bank sebelum cuba mencari jalan keluar.

Pergerakannya kemudian dikesan oleh sistem pengesan pergerakan (PIR), yang membaca gerakan haiwan itu sebagai pergerakan manusia dan seterusnya mencetuskan penggera keselamatan berbunyi secara automatik.

Kucing itu cuba keluar selepas terperangkap di dalam bank tersebut. - Agensi
Kucing itu cuba keluar selepas terperangkap di dalam bank tersebut. - Agensi

Ketua polis tempatan mengesahkan, tiada unsur jenayah atau kerosakan berlaku dan haiwan berkenaan dikeluarkan dari lokasi tanpa sebarang masalah.

Susulan kejadian itu, pihak bank memaklumkan bahawa protokol keselamatan akan disemak semula bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Rakaman video insiden yang tular sejak 25 November turut mencuit hati pengguna media sosial apabila menggelarkannya sebagai 'Kitty Heist' sebagai gurauan terhadap ‘cubaan rompakan’ paling jinak pernah direkodkan.

Menurut pakar keselamatan, kejadian berkenaan membuktikan bahawa walaupun sistem keselamatan moden sangat sensitif, kadang-kadang amaran yang dianggap serius boleh berpunca daripada sesuatu yang tidak dijangka, seperti seekor kucing yang tersesat jalan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis di Turkiye cuba menangkap perompak di sebuah bank tetapi mendapati suspek adalah seekor kucing yang tersesat
  • Kejadian berlaku apabila bank ditutup dan kucing tersebut merayau masuk
  • Pergerakan kucing dikesan sistem pengesan pergerakan dan mencetuskan penggera keselamatan
  • Tiada unsur jenayah atau kerosakan berlaku, kucing dikeluarkan tanpa masalah
  • Rakaman video insiden menjadi viral disebut 'Kitty Heist' dan mengundang reaksi lucu daripada netizen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!