ST Rosyam Mart buka cawangan ke-9 di Jakel Square KL

Barangan berjenama selebriti menjadi antara daya tarikan utama dengan pelbagai pilihan produk artis tempatan.
Barangan berjenama selebriti menjadi antara daya tarikan utama dengan pelbagai pilihan produk artis tempatan.
A
A
A

KUMPULAN Sri Ternak akan melancarkan cawangan kesembilan ST Rosyam Mart di Jakel Square, Kuala Lumpur pada 17 Disember ini sekali gus menampilkan ruang ‘Malaysian Selection’ buat pertama kali khusus untuk pelanggan tempatan dan pelancong.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Raymond Ho Cheng Hann berkata, cawangan terbaharu itu merupakan lokasi kedua ST Rosyam Mart di Kuala Lumpur dan direka sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi pelanggan di bandar ini.

“Ia juga menjadi cawangan pertama yang menampilkan ‘Malaysian Selection’ iaitu ruang khas mempamerkan produk buatan Malaysia merangkumi makanan ringan, minuman dan cenderahati tempatan.

“Langkah ini bertujuan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dan sesuai untuk pelanggan tempatan serta pelancong. Mereka boleh menantikan pelbagai promosi istimewa berlangsung sehingga 31 Disember kelak,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sempena majlis perasmian itu, pengunjung boleh mendaftar sebagai Ahli ST dengan bayaran RM15 dan menikmati harga seekor ayam serendah RM0.88 melalui pendaftaran awal menerusi aplikasi ST Card di Google Play atau App Store.

Selain itu, lebih 220 barangan runcit seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan, makanan laut beku dan barangan kering ditawarkan pada harga serendah RM0.08 sepanjang tempoh promosi dua minggu manakala lebih 45 barangan borong turut dijual pada harga mampu milik.

Pasar raya borong 24 jam itu turut menganjurkan pertandingan ‘Misi Mencari Raja Konten’ menawarkan hadiah tunai sehingga RM20,000 dengan peserta hanya perlu menghasilkan video kreatif berdurasi sekurang-kurangnya satu minit dan memuat naiknya ke TikTok, Instagram atau Facebook.

Raymond berkata, cawangan berkenaan turut menambah baik Celebrity Corner iaitu ruang mempamerkan produk berjenama selebriti termasuk Datuk Chef Wan, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Khatijah Ibrahim, Fizo Omar, Fouziah Gous dan beberapa artis lain.

“Bukan sekadar sebuah pasar raya, cawangan ini menawarkan ruang membeli-belah bertaraf lima bintang dengan operasi 24 jam pada harga borong untuk keluarga, pekerja, pemilik perniagaan dan pelancong.

Artikel Berkaitan:

“Mempunyai keluasan lebih 40,000 kaki persegi, ia menampilkan reka bentuk moden dengan siling tinggi, laluan luas serta kemudahan kawasan barangan borong, kaunter bayar sendiri (SCO) dan kaunter tunai mencukupi bagi melancarkan pengalaman membeli-belah,” katanya.

Tambahnya, sebaik memasuki pasar raya itu, pengunjung akan disambut dengan aroma dari ST Cafe serta layanan mesra di kaunter khidmat pelanggan.

“Lebih daripada sekadar tempat membeli-belah, cawangan ini menyediakan ruang untuk keluarga, pekerja, pemilik perniagaan dan pelancong bersantai atau meneroka barangan dalam suasana yang selesa.

“Di Sri Ternak, matlamat kami jelas iaitu membantu individu dan perniagaan menjimatkan wang, masa dan hidup dengan lebih baik. Pembukaan cawangan di Jakel Square mengukuhkan komitmen ini,” ujarnya.

Beliau berkata, pembukaan cawangan itu membolehkan syarikat berkhidmat kepada penduduk tempatan dan pelancong yang mencari pengalaman membeli-belah dipercayai, mampu milik dan mencerminkan identiti Malaysia.

“Selaras dengan matlamat itu, pengenalan ‘Malaysian Selection’ bukan sahaja menjadi penambahan unik malah mencerminkan tanggungjawab kami sebagai jenama tempatan untuk menyokong dan meraikan produk Malaysia.

“Ia turut memaparkan dedikasi kami terhadap aksesibiliti, nilai dan kemudahan beli-belah 24 jam untuk semua,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor berkata, majlis perasmian itu turut menyaksikan peluncuran inisiatif ‘Selamatkan Dompet Warga KL’ yang bertujuan membantu rakyat Malaysia mendapatkan keperluan harian berkualiti pada harga yang tidak membebankan.

Kempen ‘Selamatkan Dompet Warga KL’ diperkenalkan ST Rosyam Mart bagi membantu rakyat mendapatkan keperluan harian pada harga berpatutan.
Kempen ‘Selamatkan Dompet Warga KL’ diperkenalkan ST Rosyam Mart bagi membantu rakyat mendapatkan keperluan harian pada harga berpatutan.

“Ia bukan sekadar membuka cawangan baharu tetapi mencerminkan tanggungjawab kami kepada rakyat Malaysia. Kami faham kos sara hidup di Kuala Lumpur tinggi dan kami mahu menjadikan keperluan harian lebih mudah diakses serta mampu milik.

“Kami juga mahu cawangan ini menjadi ruang mudah untuk keluarga, pekerja dan rakan-rakan singgah selepas kerja sama ada untuk membeli-belah, menikmati hidangan ringkas atau sekadar berehat sambil menikmati promosi menarik di bawah satu bumbung,” katanya.

Tambah beliau, pasar raya borong itu menempatkan lebih 40,000 produk merangkumi sayur-sayuran tempatan segar, buah-buahan, ayam berkualiti tinggi, daging Wagyu selain makanan laut segar dan beku.

“Jenama dalaman Kumpulan juga ditawarkan seperti Freshin’ yang merangkumi minuman berperisa dan air mineral serta Santeh yang menyediakan pelbagai keperluan dapur.

“Kami turut menawarkan rangkaian jenama 1st meliputi barangan harian dan keperluan rumah selain Deli West yang menampilkan hidangan Barat segar dibekukan untuk kemudahan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, Sri Ternak turut melengkapkan penawaran menerusi produk makanan segar dan beku serta barangan rumah umum yang memenuhi keperluan pengguna pelbagai segmen.

“Kesemua produk ini dipilih bagi memastikan pelanggan memperoleh kualiti terbaik pada harga berpatutan. Kami mahu memastikan mereka mempunyai akses kepada pilihan yang luas tanpa menjejaskan perbelanjaan harian.

“Cawangan ini turut menawarkan lebih 21 perkhidmatan percuma termasuk pengecas kuasa, air minuman, khidmat pemotongan daging, pinjaman payung, perkhidmatan pam tayar, dan banyak lagi,” katanya.

 

Ringkasan AI

  • Kumpulan Sri Ternak akan melancarkan cawangan kesembilan ST Rosyam Mart di Jakel Square, Kuala Lumpur pada 17 Disember yang menampilkan 'Malaysian Selection' untuk pertama kali
  • Cawangan terbaharu adalah lokasi kedua ST Rosyam Mart di Kuala Lumpur dan disasarkan sebagai destinasi membeli-belah wajib
  • 'Malaysian Selection' mempamerkan produk buatan Malaysia seperti makanan ringan, minuman dan cenderahati tempatan
  • Pengunjung boleh mendaftar sebagai Ahli ST dengan bayaran RM15 dan menikmati harga promosi istimewa
  • Pasar raya borong ini menawarkan lebih dari 40,000 produk termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, dan makanan laut dengan operasi 24 jam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!