Bekas PM Bangladesh, Hasina dan anak saudara Tulip Siddiq didapati bersalah kerana rasuah

Tulip Siddiq (kiri) di samping ibu saudaranya, Sheikh Hasina ketika berkunjung ke Kremlin, Moscow, Rusia pada 15 Januari 2013. Foto fail AP
Tulip Siddiq (kiri) di samping ibu saudaranya, Sheikh Hasina ketika berkunjung ke Kremlin, Moscow, Rusia pada 15 Januari 2013. Foto fail AP
A
A
A

DHAKA - Mahkamah di ibu negara Bangladesh pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan dua tahun terhadap anak saudaranya yang juga Ahli Parlimen Parti Buruh Britain, Tulip Siddiq, atas kesalahan rasuah berkaitan projek tanah kerajaan.

Hakim Mahkamah Khas Dhaka, Rabiul Alam berkata, Hasina menyalahgunakan kuasa ketika memegang jawatan Perdana Menteri, manakala Siddiq didapati bersalah kerana mempengaruhi secara tidak wajar bagi membantu ibunya mendapatkan sebidang tanah dalam projek kerajaan.

Ibu Siddiq, Sheikh Rehana pula dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dianggap sebagai pelaku utama dalam kes tersebut.

Kes itu melibatkan projek Purbachal New Town di pinggir Dhaka.

Hasina kini berada dalam buangan di India sejak digulingkan melalui kebangkitan rakyat tahun lalu. Perbicaraan terhadapnya dan beberapa kes lain dijalankan tanpa kehadirannya.

Sementara itu, Siddiq yang mewakili kawasan Hampstead dan Highgate di London, menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai tidak wajar.

“Keseluruhan proses ini cacat dan tidak masuk akal dari awal hingga akhir. Keputusan mahkamah kangaroo ini sudah dijangka dan tidak berasas,” katanya kepada akhbar Guardian pada Isnin.

Siddiq meletak jawatan sebagai menteri Britain yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kewangan dan usaha anti-rasuah pada Januari selepas dikaitkan dengan hubungan kewangan bersama Hasina, namun beliau kekal sebagai Ahli Parlimen.

Beliau sebelum ini menolak dakwaan tersebut yang disifatkannya sebagai “fitnah bermotif politik.” - Agensi/Awani

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Mahkamah di Bangladesh menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina
  • Anak saudaranya, Ahli Parlimen Parti Buruh Britain, Tulip Siddiq, dihukum penjara dua tahun atas kesalahan rasuah
  • Ibu Siddiq, Sheikh Rehana, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun sebagai pelaku utama kes rasuah
  • Kes rasuah tersebut melibatkan projek Purbachal New Town di pinggir Dhaka
  • Hasina berada dalam buangan di India dan perbicaraan dijalankan tanpa kehadirannya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!