Dihukum mati kerana racun suami, dua anak saudara hingga maut

HANOI - Seorang wanita dijatuhi hukuman mati kerana meracun beberapa ahli keluarganya dalam insiden pertikaian yang berbeza.
Hakim di sebuah mahkamah di Vietnam pada minggu lalu mendapati tertuduh, Nguyen Thi Hong Bich, 39, bersalah membunuh beberapa ahli keluarga termasuk suaminya sendiri.
Dokumen mahkamah menunjukkan Bich sengaja memasukkan racun berbahaya sianida ke dalam kapsul ubat suaminya hingga mangsa mengalami kebas pada anggota tubuhnya dan terpaksa dimasukkan ke hospital pada Januari 2023.
Suaminya meninggal dunia kira-kira 10 bulan kemudian, namun kematiannya pada masa itu tidak diragui.
Rupa-rupanya, wanita tersebut menggunakan wang insurans yang diperoleh selepas suaminya meninggal dunia untuk menyelesaikan hutangnya.
Bich juga meracun dua anak saudaranya hingga mati setelah terlibat pergaduhan dengan adik-beradik dan iparnya.
Perbuatannya bagaimanapun terbongkar selepas dia cuba menggunakan taktik sama ke atas seorang lagi ahli keluarganya berusia 19 tahun yang berjaya diselamatkan.
Doktor yang merawat mangsa bertindak segera memaklumkan kepada warisnya selepas mengesan racun sianida di dalam perutnya.
Keluarga Bich kemudiannya melaporkan kejadian pembunuhan itu kepada pihak berkuasa yang membawa kepada penahanannya.
Bich disabit bersalah membunuh, memiliki dan menggunakan bahan toksik secara haram. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang wanita di Vietnam dijatuhi hukuman mati kerana meracun ahli keluarganya
- Tertuduh, Nguyen Thi Hong Bich, membunuh suaminya dengan memasukkan racun sianida ke dalam kapsul ubat
- Suaminya meninggal selepas 10 bulan, dan Bich menggunakan wang insurans untuk melunaskan hutang
- Bich juga meracun dua anak saudaranya hingga mati selepas pergaduhan keluarga
- Perbuatannya terbongkar apabila cuba meracun ahli keluarga lain yang berusia 19 tahun tetapi gagal dan dilaporkan ke pihak berkuasa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

