Akmal Saleh cadang BN Sabah kekal di kerusi pembangkang

Akmal Saleh
Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) kekal sebagai pembangkang di Sabah bersama Parti Warisan (Warisan) dan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, dengan cara itu BN boleh menjadi pembangkang yang kuat serta semak dan imbang apa yang dilaksanakan kerajaan negeri.

“Rakyat nak kita jadi pembangkang sebab nak lihat kita berubah dengan lebih baik. Kita terima kekalahan secara bermaruah dan kita perbaiki kelemahan kita

“Baru rakyat boleh yakin dan kita kembali di hati rakyat. Dengar suara rakyat, insya-ALLAH rakyat kembali percaya pada kita,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Isnin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu mengumumkan GRS memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Warisan (25) kerusi dan BN (6) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Selain itu, Bebas (5), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (3), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) (2), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1), PN (1) dan PH (1).

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, situasi yang berlaku di Sabah juga tidak mustahil boleh melanda peringkat Pusat jika suara rakyat tidak didengari.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan agar BN kekal sebagai pembangkang di Sabah
  • BN disarankan berkerja sama dengan Parti Warisan dan Perikatan Nasional untuk membentuk pembangkang yang kuat
  • Cita-cita untuk mengambil pendekatan mendengar dan memperbaiki kelemahan untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat
  • GRS memenangi majoriti kerusi DUN dalam PRN Sabah ke-17, diikuti Warisan dan BN
  • Muhamad Akmal memberi amaran situasi di Sabah boleh berulang di peringkat Pusat jika suara rakyat diabaikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!