Kabinet baharu Sabah: BN sudah serah nama jawatan menteri, timbalan menteri

Ahmad Zahid menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dalam lawatannya meninjau keadaan banjir di Bagan Datuk, pada Isnin.
Ahmad Zahid menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dalam lawatannya meninjau keadaan banjir di Bagan Datuk, pada Isnin.
A
A
A

BAGAN DATUK - Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan senarai nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pembentukan kerajaan negeri Sabah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pembentukan kerajaan baharu kini berjalan mengikut aturan selepas parti-parti yang mendukung kerajaan diminta menghantar nama calon masing-masing.

"Kita telah diminta (mengemukakan senarai calon) dan BN telah pun menyerahkannya," katanya dalam sidang akhbar selepas menerima taklimat mengenai situasi banjir negara di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di sini lada Isnin.

Timbalan Perdana Menteri itu menjelaskan, kerjasama antara parti dalam gabungan itu terutama hubungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada dalam keadaan baik dan tersusun.

Katanya, koordinasi yang terjalin itu penting untuk memastikan proses pembentukan kerajaan negeri berjalan lancar tanpa pertikaian yang boleh menggugat kestabilan politik.

“Saya sendiri telah menghubungi Ketua Menteri yang baharu dan Perdana Menteri bagi memastikan kestabilan politik di Sabah dapat dicapai.

"Walaupun pada peringkat awal, mungkin kecukupan majoriti mudah di kerajaan negeri itu dipertikai, tetapi jelas usaha-usaha yang dilakukan secara terselaras membuahkan hasil.

"Saya juga berterima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah atas nasihat dan pandangan yang diberikan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menegaskan, fokus utama kini adalah menstabilkan politik negeri bagi memastikan urusan pembangunan dapat diteruskan tanpa gangguan.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, tiga keutamaan utama iaitu api, air dan infrastruktur jalan raya perlu dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

"Matlamat kita adalah memastikan agenda Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah, Sabtu lalu, GRS muncul sebagai gabungan terbesar apabila memenangi 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

BN pula meraih enam kerusi, manakala Parti Warisan (Warisan) memperoleh 25 kerusi sebagai blok pembangkang terbesar. Perikatan Nasional (PN) memenangi satu kerusi, manakala lima lagi dimenangi calon Bebas.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor telah dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sabah.

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional mengemukakan senarai calon menteri dan timbalan menteri untuk kerajaan negeri Sabah
  • Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan proses pembentukan kerajaan baru di Sabah berjalan mengikut aturan
  • Kerjasama antara parti dalam BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilaporkan berjalan baik untuk memastikan pembentukan kerajaan negeri tanpa pertikaian
  • Fokus utama adalah menstabilkan politik di Sabah untuk memudahkan pembangunan terutama dalam aspek api, air dan infrastruktur jalan raya
  • GRS menjadi gabungan terbesar dalam Pilihan Raya Negeri Sabah dengan memenangi 29 kerusi, diikuti dengan Warisan 25 kerusi, BN enam kerusi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!