Lelaki disyaki cabul remaja perempuan di PPS disambung reman

BACHOK - Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun semasa berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, Rabu lalu disambung reman selama tiga hari.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sebelum itu, suspek yang memakai baju lokap ungu tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak polis pada jam 9 pagi.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini pada Rabu.
Suspek berusia 21 tahun disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun kira-kira jam 11 pagi.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun di pusat pemindahan sementara di Bachok
- Reman suspek disambung selama tiga hari untuk siasatan
- Siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
- Suspek tiba di mahkamah dengan baju lokap ungu menaiki trak polis
- Suspek berusia 21 tahun disyaki mencabul pada jam 11 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

