MPN Sabah yakin Hajiji bakal jadi Ketua Menteri

KOTA KINABALU - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud yakin Datuk Seri Hajiji Noor akan dilantik sebagai Ketua Menteri dan seterusnya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Beliau berkata, pihaknya ketika ini masih menunggu Istana Seri Kinabalu memanggil bagi urusan angkat sumpah Ketua Menteri.
"Kita sedang menunggu pihak istana memanggil bakal ketua menteri kita sekejap lagi," katanya ketika hadir di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, pada tengah malam Ahad.
Ditanya mengenai kehadirannya di kediaman rasmi itu, beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui kenyataan media setiausaha agung parti itu sudah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri yang bakal dibentuk.
"Kita menyokong Datuk Seri Hajiji Noor bakal Ketua Menteri kita, Insya-ALLAH. Kami yakin dalam tidak berapa lama lagi, Ketua Menteri akan dilantik dan beliau adalah Datuk Seri Hajiji Noor," katanya.
Ringkasan AI
- Datuk Mustapha Sakmud yakin Datuk Seri Hajiji Noor akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah
- Menunggu Istana Seri Kinabalu untuk urusan angkat sumpah Ketua Menteri
- Pihak istana dijangka memanggil bakal ketua menteri tidak lama lagi
- Parti Keadilan Rakyat menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan negeri yang bakal dibentuk
- Mustapha menyokong pencalonan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
