SPRM kumpul bukti, keterangan kes tohmahan rasuah

SPRM akan menyiasat kes itu secara profesional serta berlandaskan undang-undang. Gambar kecil: Azam
SPRM akan menyiasat kes itu secara profesional serta berlandaskan undang-undang. Gambar kecil: Azam
A
A
A

PUTRAJAYA - Permohonan reman bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri bersama seorang ahli perniagaan bertujuan membolehkan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  mengumpulkan bukti dan keterangan berkaitan kes tohmahan rasuah.

Kes tersebut melibatkan dakwaan bahawa seorang ahli perniagaan memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri bagi mendapatkan semula wang yang telah disalurkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Dalam permohonan reman yang dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu, SPRM berhujah bahawa siasatan perlu dijalankan segera agar bukti serta keterangan yang relevan dapat dikumpulkan bagi memastikan kes tersebut disiasat secara menyeluruh.

Majistret Fatin Muneerah Sofian membenarkan permohonan reman selama enam hari hingga Khamis walaupun terdapat bantahan daripada peguam kedua-dua suspek bagi memberi ruang kepada siasatan lengkap dijalankan.

Sumber memberitahu, siasatan dijangka dijalankan dengan kadar segera sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya dan pertuduhan akan dikenakan sekiranya bukti dan keterangan mencukupi.

Semnetara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penahanan reman tersebut.

Beliau menegaskan SPRM akan menyiasat kes itu secara profesional serta berlandaskan undang-undang.

“Pegawai penyiasat diarahkan menumpukan perhatian bagi melengkapkan siasatan dalam tempoh satu minggu.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Permohonan reman bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dan seorang ahli perniagaan untuk kumpulan bukti kes rasuah
  • Kes melibatkan dakwaan rasuah oleh ahli perniagaan kepada bekas Setiausaha Politik untuk mendapatkan kembali wang disalurkan kepada ADUN Sabah
  • SPRM memohon reman di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk siasatan segera
  • Majistret membenarkan permohonan reman selama enam hari untuk siasatan lengkap
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan penahanan dan menegaskan kes akan disiasat secara profesional berdasarkan undang-undang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!