PRN Sabah: 157 laporan polis, 86 kertas siasatan dibuka

KOTA KINABALU - Sebanyak 157 laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, meskipun jumlah laporan agak tinggi, tiada kes besar yang menarik perhatian setakat ini.
Menurutnya, kebanyakan laporan melibatkan kesalahan pilihan raya.
"Sehingga ke hari ini kita memperoleh sebanyak 157 laporan polis yang dibuat oleh individu-individu yang berkaitan tentang isu yang melibatkan pilihan raya seperti cabut bendera dan khianat poster.
"Jadi setakat ini kita buka 86 kertas siasatan dan kita menunggu arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
"Sekiranya ada perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang kita akan mengambil tindakan selanjutnya dan kita juga merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya dalam sidang media selepas meninjau Pusat Mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa, di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Beliau berkata, terdapat juga satu kes yang dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melibatkan isu media sosial.
Tambahnya, keseluruhan keadaan sepanjang kempen berada dalam keadaan baik, sempurna dan terkawal.
Ringkasan AI
- Sebanyak 157 laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen PRN Ke-17 Sabah
- Meskipun jumlah laporan tinggi, tiada kes besar yang menarik perhatian
- Kebanyakan laporan melibatkan kesalahan pilihan raya
- Sebanyak 86 kertas siasatan dibuka menunggu arahan dari Timbalan Pendakwa Raya
- Keseluruhan keadaan sepanjang kempen berada dalam keadaan baik, sempurna dan terkawal
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
