Anggota polis dipercayai lemas, kereta terbabas dalam parit

SEPANG - Seorang anggota polis dipercayai lemas selepas kenderaan Perodua Bezza dinaikinya terbabas dalam parit ketika banjir, berhampiran Klinik Desa Giching di sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa dipercayai cuba berenang keluar dari parit itu selepas kenderaannya tidak dapat meneruskan perjalanan.
"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 malam, seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA serta bantuan BBP Sepang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 14 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ahmad Mukhlis berkata, pasukan penyelamat tiba di lokasi pada jam 12.02 tengah malam.
"Pihak bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira 10.20 malam.
"Mangsa merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan sejumlah anggota bomba menjalankan operasi di sebuah kawasan banjir di sini.
Ringkasan AI
- Seorang anggota polis dipercayai lemas selepas kenderaan Perodua Bezza terbabas dalam parit ketika banjir berhampiran Klinik Desa Giching
- Mangsa dipercayai cuba berenang keluar dari parit setelah kenderaannya tidak dapat meneruskan perjalanan
- Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dan Sepang bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan
- Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak bomba
- Mangsa merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
