MetMalaysia keluarkan amaran Lekukan Tropika berhampiran Kemaman

MetMalaysia pada Jumaat mengeluarkan amaran berkaitan Lekukan Tropika yang bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan dua kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 50km ke tenggara Kemaman, Terengganu. Gambar MetMalaysia
MetMalaysia pada Jumaat mengeluarkan amaran berkaitan Lekukan Tropika yang bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan dua kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 50km ke tenggara Kemaman, Terengganu. Gambar MetMalaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran berkaitan Lekukan Tropika yang bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan dua kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 50km ke tenggara Kemaman, Terengganu.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu boleh mencatat kelajuan angin maksimum 56km/j.

Kenyataan itu memaklumkan keadaan tersebut boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran berkaitan Lekukan Tropika
  • Lekukan Tropika itu bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan dua kilometer sejam
  • Lokasinya kira-kira 50km ke tenggara Kemaman, Terengganu
  • Ribut boleh mencapai kelajuan angin maksimum 56km/j
  • Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!