MetMalaysia keluar nasihat Lekukan Tropika

MetMalaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora.
MetMalaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia dikesan pada 11 pagi pada kedudukan latitud 6.7 utara dan longitud 109.4 timur, kira-kira 518 kilometer ke barat laut Mukah, Sarawak.

Lekukan Tropika itu bergerak ke arah timur laut dengan kelajuan 19 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 46 km/j. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika di Laut China Selatan
  • Dikesan pada 11 pagi, 518 kilometer ke barat laut Mukah, Sarawak
  • Berada pada latitud 6.7 utara dan longitud 109.4 timur
  • Bergerak ke arah timur laut dengan kelajuan 19 km/j
  • Mempunyai kelajuan angin maksimum 46 km/j

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!