MetMalaysia keluar nasihat Ribut Tropika

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (KOTO). Gambar hiasan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (KOTO). Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (KOTO) yang dikesan pada jam 11 pagi ini pada latitud 14.7 utara dan longitud 111.6 timur kira-kira 396 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan, ribut tersebut bergerak dalam keadaan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam (km/j).

Jarak ribut berkenaan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,036 km ke barat laut Kudat, Sabah.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika KOTO
  • Ribut ini dikesan pada latitud 14.7 utara dan longitud 111.6 timur
  • Berada 396 kilometer tenggara Da Nang, Vietnam
  • Bergerak hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer sejam
  • Tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!