Dua remaja maut digilis lori

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas digilis lori dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar, pada Jumaat.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas digilis lori dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar, pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Hasrat dua pelajar perempuan Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai ke sekolah mengambil sijil tamat persekolahan tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan ngeri digilis sebuah lori di Jalan Kuala Kangsar berhampiran sebuah pasar raya di Tasek di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 12.55 tengah hari itu, mangsa, Nur Aleesya Alya Mohd Hasrizal dan rakannya, Nur Alisa Maisara Aidil Azhar masing-masing berusia 15 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Difahamkan salah seorang mangsa mahu mengambil sijil berkenaan bagi meneruskan pengajian ke kolej vokasional.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati motosikal Yamaha Ego Avantiz yang ditunggangi mangsa hilang kawalan ketika mereka dalam perjalanan dari arah Klebang menuju ke pusat bandar.

Menurutnya, sebaik motosikal itu terjatuh ke permukaan jalan, sebuah lori Mitsubishi Fuso yang dipandu lelaki berusia 40 tahun tidak sempat mengelak lalu menggilis kedua-dua pelajar berkenaan.

“Pada masa sama, motosikal tersebut menggelongsor sebelum terperosok ke bawah sebuah lagi kenderaan jenis Nissan Vanette yang berhenti di lorong kanan.

"Pemandu kedua-dua lori tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Katanya, lokasi kejadian merupakan jalan dua lorong satu hala dengan keadaan cuaca hujan dan permukaan jalan basah ketika kemalangan berlaku.

Artikel Berkaitan:

“Rakaman dashcam telah diperoleh dan kenderaan terlibat akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut.

"Waris mangsa juga telah dimaklumkan,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ringkasan AI

  • Dua pelajar perempuan tingkatan tiga maut digilis lori setelah terjatuh dari motosikal di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh
  • Mangsa berdua, Nur Aleesya Alya Mohd Hasrizal dan Nur Alisa Maisara Aidil Azhar, berusia 15 tahun
  • Kehilangan kawalan motosikal menyebabkan mereka terjatuh ke permukaan jalan
  • Lori yang tidak sempat mengelak menggilis kedua mangsa yang sudah terbaring di jalan
  • Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!