Pencuri 'bersiri' curi tabung masjid di Selangor, Perak akhirnya tertangkap

Suspek diberkas kira-kira jam 12 tengah hari di Jalan Escot, Hulu Bernam hasil risikan dan pemantauan rapi pihak polis.Gambar hiasan.
Suspek diberkas kira-kira jam 12 tengah hari di Jalan Escot, Hulu Bernam hasil risikan dan pemantauan rapi pihak polis.Gambar hiasan.
A
A
A

 

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam siri kejadian pecah masuk premis perniagaan, masjid dan surau di sekitar daerah Muallim, Tapah serta Hulu Selangor berjaya ditahan dalam satu operasi khas pada 26 November.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, suspek diberkas kira-kira jam 12 tengah hari di Jalan Escot, Hulu Bernam hasil risikan dan pemantauan rapi pihak polis.

Menurutnya, suspek memiliki 28 rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, pecah rumah, curi serta dadah selain turut mempunyai dua rekod dikehendaki.

"Polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah masuk.

"Hasil soal siasat awal mendapati suspek terlibat dalam kes pecah kedai dan curi tabung surau serta masjid di daerah Muallim, Hulu Selangor dan Tapah.

"Anggaran kerugian keseluruhan mencecah RM28,000," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mohd Hasni berkata, suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang bekerjasama menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai boleh menghubungi IPD Muallim di talian 05-452 8222 untuk menyampaikan sebarang maklumat.

 

 

Ringkasan AI

  • Lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana terlibat dalam pecah masuk di daerah Muallim, Tapah, dan Hulu Selangor
  • Suspek diberkas di Jalan Escot, Hulu Bernam selepas risikan dan pemantauan polis
  • Dia memiliki 28 rekod jenayah lampau dan menggunakan peralatan khas untuk pecah masuk
  • Terlibat dalam pecah kedai dan curi tabung masjid serta surau dengan kerugian RM28,000
  • Suspek direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!