HONOR perkasa belia APAC dengan literasi AI, kemahiran digital

AYES dilancarkan bersama 25 ahli pengasas melibatkan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi serta rakan industri.
AYES dilancarkan bersama 25 ahli pengasas melibatkan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi serta rakan industri.
A
A
A

HONOR, peneraju global teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) melancarkan AI + Youth Empowerment Society (AYES) pada HONOR AI + Design Summit 2025 (Edisi Asia Pasifik) yang diadakan di Malaysia.

Inisiatif tersebut bertujuan melengkapkan golongan belia di rantau Asia Pasifik (APAC) dengan literasi AI, kemahiran digital serta keyakinan kreatif, sekali gus merapatkan jurang kemahiran dalam pasaran kerja yang semakin berasaskan AI.

Dengan lebih 700 juta golongan muda di rantau itu, AYES akan memberi fokus kepada pembangunan tenaga kerja masa depan melalui pendidikan dan peluang kolaborasi.

AYES dilancarkan bersama 25 ahli pengasas melibatkan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi serta rakan industri.

Antara ahli utama ialah National AI Office (Malaysia), Universiti Sains Malaysia (USM), Central Academy of Fine Arts (China), Nanyang Academy of Fine Arts (Singapura) dan GSMA APAC. HONOR bertindak sebagai unit pemula dan penyelaras inisiatif tersebut.

Naib Presiden Kanan HONOR, Martin Xu berkata, kerjasama itu penting dalam memperkasakan generasi muda di rantau APAC.

“Dengan meruntuhkan halangan merentas industri di APAC, kami percaya golongan muda boleh memacu pertumbuhan ekonomi dan menghasilkan penyelesaian mampan untuk masa depan.

“Selain AYES, HONOR turut menyokong bakat muda melalui HONOR Talents Design Competition yang telah menarik lebih 35,000 pencipta dari lebih 40 negara,” ujarnya ketika majlis pelancaran diadakan di ibu negara pada Isnin.

Hadir sama President of HONOR South Pacific, Justin Li; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing; Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS) merangkap Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia National AI Office, Shamsul Izhan Abdul Majid.

Artikel Berkaitan:

Justin (kanan) mewakili HONOR menyampaikan AYES Outstanding Contribution Award pertama kepada pereka terkenal Malaysia, Joseph Foo (kiri).
Justin (kanan) mewakili HONOR menyampaikan AYES Outstanding Contribution Award pertama kepada pereka terkenal Malaysia, Joseph Foo (kiri).

Xu menegaskan bahawa Asia Pasifik bukan sekadar pasaran, tetapi rakan kemajuan HONOR.

“HONOR komited menyokong transformasi industri rantau ini melalui inovasi setempat. Kami membuka ekosistem AI untuk menyediakan pengalaman pintar yang meningkatkan produktiviti dan memacu pertumbuhan berkualiti.

“Bersama-sama kita akan membina Asia Pasifik inklusif di mana AI dan reka bentuk memperkasakan setiap bakat,” ujarnya lagi.

Pelancaran tersebut dihadiri lebih 200 sarjana, pemimpin industri dan bakat muda termasuk rakan media teknologi rasmi seperti Amanz, Zing Gadget dan TechNave.

HONOR AI + Design Summit berfungsi sebagai platform pertukaran idea, menjalin kerjasama serta merangka penyelesaian kepada cabaran unik rantau APAC.

Pada majlis sama, HONOR turut menyampaikan AYES Outstanding Contribution Award pertama kepada pereka terkenal Malaysia, Joseph Foo, sebagai pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam memperjuangkan pemerkasaan belia dan pendidikan kreatif di rantau berkenaan.

Foo sebelum ini menjadi juri HONOR Talents Global Design Awards selama dua tahun dan telah memperkasakan lebih 10,000 pencipta muda menerusi bengkel, HONOR Global Design Summit dan Alpha Technology & Art Tour.

Ringkasan AI

  • HONOR melancarkan AI + Youth Empowerment Society (AYES) pada HONOR AI + Design Summit 2025 di Malaysia untuk melengkapi golongan belia di Asia Pasifik dengan literasi AI dan kemahiran digital
  • Inisiatif ini bertujuan mempererat jurang kemahiran dalam pasaran kerja AI dan menyokong pembangunan tenaga kerja masa depan
  • AYES dilancarkan bersama dengan 25 ahli pengasas dari agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi, dan industri
  • Antara ahli utama termasuk National AI Office (Malaysia), Universiti Sains Malaysia, dan Central Academy of Fine Arts (China)
  • HONOR juga menyokong bakat muda melalui HONOR Talents Design Competition yang menarik lebih 35,000 pencipta dari lebih 40 negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!