Hargailah masa sihat kita

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Gambar hiasan
Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Gambar hiasan
A
A
A

KALAU kita fikir balik, ramai antara kita tak pernah betul-betul hargai masa sihat. Selagi badan masih boleh bergerak, selagi tak ada rasa pening atau letih yang pelik, kita anggap semuanya normal.

Padahal, badan ni pun ada hadnya. Bila ia dah mula bagi signal, masa itu baru kita tersedar yang selama ni kita terlalu keras dengan diri sendiri.

Sebenarnya bagi Merak, jaga kesihatan tak semestinya kena buat benda besar pun.

Kadang-kadang, tubuh cuma perlukan kita berhenti sekejap. Tarik nafas panjang, tenangkan kepala dan lepaskan semua tekanan yang bersarang.

Stres kalau dibiarkan boleh buat kita hilang fokus, cepat marah dan akhirnya menjejaskan cara kita jalani hidup setiap hari.

Cuba ambil masa untuk buat rutin kecil yang boleh bantu seimbangkan diri. Jalan pagi 10 minit pun dah cukup untuk bagi otak rasa lebih ringan.

Minum air lebih sikit daripada biasa, tidur awal dan pilih makanan yang bagi tenaga yang bukan yang buat badan rasa semakin berat. Perubahan kecil macam ini, bila kita konsisten pasti kesannya besar.

Dan satu lagi, belajar fikir positif. Hidup memang tak lari daripada masalah, tapi cara kita tengok sesuatu boleh menentukan mood sepanjang hari.

Bila kita mula hargai perkara kecil seperti dapat bangun tanpa sakit, dapat rasa angin pagi atau sekadar ada masa duduk diam sebentar, hidup terasa lebih tenang.

Artikel Berkaitan:

Nasihat Merak, jangan tunggu sampai tubuh ‘protes’ baru nak jaga diri. Kesihatan bukan benda yang datang dua kali.

Bila kita sihat, banyak benda boleh dilakukan tanpa fikir panjang. Bila jatuh sakit, barulah kita faham betapa mahalnya rasa sihat itu.

Ambil masa untuk diri sendiri. Rehat bukan tanda malas tapi itu tanda kita sayang diri. Hargai masa sihat sementara ia masih milik kita.

Bila badan dan jiwa seimbang, hidup pun jadi jauh lebih bermakna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!