Remaja perempuan 15 tahun maut, jatuh tingkat 24 rumah inap

MELAKA - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar, di sini pada petang Khamis.
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan bawah bangunan oleh pekerja keselamatan bangunan sekitar jam 2 petang.
Difahamkan remaja berkenaan datang bercuti ke Melaka bersama ibu bapanya sejak minggu lalu dan menginap di rumah inap itu.
Sumber memaklumkan, bapa mangsa menyedari anaknya tidak pulang ke unit penginapan selepas diminta turun mengambil pesanan makanan kira-kira jam 1.30 petang.
“Selepas lebih 20 minit menunggu, lelaki itu turun untuk mencari anaknya kerana panggilan telefon tidak dijawab. Dia kemudian dimaklumkan bahawa kad akses unit itu ditemui di tingkat 24.
“Saksi keselamatan kemudian membawa bapa mangsa ke lokasi penemuan kad akses berkenaan dan mendapati remaja itu sudah meninggal dunia,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
Ringkasan AI
- Remaja perempuan 15 tahun maut jatuh dari tingkat 24 rumah inap di Melaka
- Ditemui tidak sedarkan diri oleh pekerja keselamatan bangunan pada jam 2 petang
- Berada di Melaka untuk bercuti bersama ibu bapa
- Bapa menyedari anaknya hilang setelah tidak pulang mengambil pesanan makanan
- Mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

