Kanak-kanak dikhuatiri lemas jatuh dalam longkang

MASJID TANAH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras ke kolam takungan selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bidara Permai pada Khamis.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.47 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah dikerahkan ke lokasi.
Menurutnya, orang awam memaklumkan bahawa mangsa dihanyutkan arus deras susulan hujan lebat sebelum hilang di bahagian longkang yang menghala ke kawasan tadahan.
“Kerja-kerja pencarian sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat,” katanya.
Operasi diketuai PBK I Zaidi Kadiron dengan kekuatan 13 anggota, dibantu aset FRT, D-Max, Pajero serta kenderaan Unit Penyelam (PPDA) dari BBP Masjid Tanah dan BBP Merlimau.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah
- Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima panggilan pada 5.47 petang
- Kanak-kanak lelaki itu berusia kira-kira 10 tahun
- 13 anggota bomba termasuk lima anggota Pasukan Penyelamat di Air digerakkan ke lokasi
- Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

