6 rakyat Malaysia terkandas di Hatyai berjaya keluar

Mangsa terpaksa meredah banjir untuk pergi ke Central Hatyai sebelum menaiki minivan pulang ke tanah air.
Mangsa terpaksa meredah banjir untuk pergi ke Central Hatyai sebelum menaiki minivan pulang ke tanah air.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai enam rakyat Malaysia yang terkandas di sebuah hotel di Hatyai, Thailand susulan banjir teruk di kawasan itu sudah berjaya keluar pagi Khamis.

Seorang mangsa, Nurul Saffinar Abd Rasid, 38 berkata, mereka terpaksa meredah banjir paras lutut untuk keluar dari hotel dan pergi ke Central Hatyai.

Saffinar terkandas bersama suami, Mohd Ekhwan Tesno, 38, serta dua anak mereka yang masing-masing berusia sembilan dan lima tahun.

Menurutnya, keputusan untuk keluar daripada hotel dibuat kerana risau cuaca yang tidak menentu.

"Kami keluar juga hari ini sebab kalau ikut ramalan hari ini hujan akan berterusan. Di Central Hatyai boleh tunggu bas atau lori.

"Tapi semua naik minivan sebab sedikit trauma bila hujan mula turun semula. Untuk minivan setiap orang dikenakan bayaran 300 bath untuk dihantar ke Danok.

"Kini kami sudah berjaya masuk Malaysia dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kota Damansara," katanya kepada Sinar Harian.

Hatyai ketika ini masih ditenggelami banjir yang berlaku sejak 22 November lalu. Foto AFP
Hatyai ketika ini masih ditenggelami banjir yang berlaku sejak 22 November lalu. Foto AFP

Sebelum ini, terdapat kira-kira 10 warga Malaysia dilaporkan masih terkandas di Thailand.

Artikel Berkaitan:

Mereka telah cuba menghubungi Konsulat Malaysia tidak menerima sebarang bantuan menyelamat atau bekalan makanan.

Dalam masa sama, mereka turut membuat hebahan di media sosial sebagai usaha terakhir sementara baki bateri telefon masih sekitar 20 peratus.

Tambah Nurul Saffinar, lagipun sejak lima hari terkepung dengan banjir, tiada sebarang bantuan makanan yang dihantar kepada mereka.

"Alhamdulillah di Central Hatyai makan dan minuman disediakan. Kami semua berada dalam keadaan sihat.

"Bagaimanapun, masih ada satu keluarga masih belum keluar kerana ingin menguruskan keretanya yang tenggelam terlebih dahulu," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Enam rakyat Malaysia berjaya keluar dari hotel terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir
  • Mereka meredah banjir paras lutut untuk ke Central Hatyai
  • Keputusan meninggalkan hotel dibuat kerana cuaca tidak menentu dan hujan dijangka berterusan
  • Semua memilih naik minivan dengan bayaran 300 bath setiap orang ke Danok, kini selamat kembali ke Malaysia
  • Terdahulu, mereka tidak menerima bantuan daripada Konsulat Malaysia walaupun telah mencuba menghubungi dan membuat hebahan di media sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!