Mangsa banjir catat 29,441 orang, 219 PPS dibuka

SHAH ALAM - Jumlah terkini mangsa banjir di sembilan negeri seramai 29,441 orang merangkumi 10,064 keluarga, berdasarkan statistik dari laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Setakat kemaskini jam 11.15 pagi ini, sebanyak 219 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir.
Kelantan merekodkan seramai 10,674 mangsa banjir dari 3,968 keluarga dan ditempatkan di 65 PPS di negeri itu.
Selangor pula mencatatkan sejumlah 2,476 orang dari 652 keluarga dan kini tinggal di 15 PPS di empat daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang serta Hulu Selangor.
"Mangsa banjir di Terengganu seramai 3,577 orang dari 1,168 keluarga. Kesemuanya ditempatkan di 50 PPS di tujuh daerah terlibat.
"Di Kedah pula seramai 4,331 mangsa, Perlis (3,010), Perak (5,317), Sarawak (28), Pahang (19) dan Kuala Lumpur (8)," katanya.
Taburan pecahan mangsa banjir di sembilan negeri merangkumi 9,516 lelaki dewasa manakala perempuan dewasa (9,922), kanak-kanak lelaki (4,758), kanak-kanak perempuan (4,474), bayi lelaki (373) dan bayi perempuan (400).
Ringkasan AI
- Jumlah terkini mangsa banjir di sembilan negeri adalah seramai 29,441 orang merangkumi 10,064 keluarga
- Sebanyak 219 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa banjir
- Kelantan merekodkan seramai 10,674 mangsa banjir dari 3,968 keluarga dan ditempatkan di 65 PPS
- Selangor mencatatkan sejumlah 2,476 orang dari 652 keluarga dan kini tinggal di 15 PPS
- Mangsa banjir di Terengganu seramai 3,577 orang dari 1,168 keluarga, ditempatkan di 50 PPS
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

