Ribut tropika bawa angin kencang, hujan lebat dikesan hampiri perairan Selat Melaka

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut tropika (Senyar) yang berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora bagi negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung mulai Khamis.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ribut tropika (Senyar) dikesan pada kedudukan di utara Sumatera dan 102 kilometer ke barat daya Lumut, Perak.
"Ribut tropika kini sedang bergerak ke arah Timur Tenggara memasuki perairan Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung dengan kelajuan sekitar 24 kilometer perjam
"Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengemas kini amaran ribut tropika, amaran hujan berterusan serta amaran angin kencang dan laut bergelora bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor berkuat kuasa dari Khamis hingga Sabtu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau, MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika berkenaan dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat, ramalan serta amaran cuaca terkini melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut tropika (Senyar) yang akan berlangsung dari Khamis hingga Sabtu
- Ribut tropika dikesan di utara Sumatera dan 102 kilometer ke barat daya Lumut, Perak
- Ribut bergerak ke arah Timur Tenggara memasuki Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung dengan kelajuan 24 kilometer perjam
- Amaran dikeluarkan untuk negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor
- Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti maklumat dan amaran cuaca melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
