Ribut tropika Senyar lemah, hujan lebat masih berterusan

Tangkap layar laman web windy.com menunjukkan Keadaan semasa ribut tropika Senyar selepas melintasi lokasi di Semenanjung Malaysia. Foto: ihsan pembaca
Tangkap layar laman web windy.com menunjukkan Keadaan semasa ribut tropika Senyar selepas melintasi lokasi di Semenanjung Malaysia. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

SHAH ALAM - Kekuatan ribut tropika Senyar dilaporkan semakin lemah selepas ia mendarat di pantai antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan tengah malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ribut berkenaan diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah diramal akan terus bergerak ke arah timur menuju ke perairan Laut China Selatan.

"Walaupun sistem cuaca tersebut semakin melemah, aktiviti pembentukan awan hujan masih kekal aktif.

"Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia terutamanya di Pahang dan Terengganu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tangkap layar laman web windy.com menunjukkan keadaan semasa ribut tropika Senyar selepas melintasi lokasi di Semenanjung Malaysia. Foto: ihsan pembaca
Tangkap layar laman web windy.com menunjukkan keadaan semasa ribut tropika Senyar selepas melintasi lokasi di Semenanjung Malaysia. Foto: ihsan pembaca

Menurut beliau, corak cuaca tersebut dijangka akan berterusan sehingga Sabtu.

"MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan akan mengemaskini maklumat dan amaran cuaca sekiranya terdapat perubahan signifikan," katanya.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Kekuatan ribut tropika Senyar semakin lemah selepas mendarat di pantai antara sempadan Selangor dan Negeri Sembilan
  • Diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah dan akan bergerak ke arah timur menuju ke Laut China Selatan
  • Aktiviti pembentukan awan hujan masih aktif walaupun sistem cuaca melemah
  • Berpotensi menyebabkan hujan lebat, angin kencang, dan laut bergelora di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia, terutamanya Pahang dan Terengganu
  • MetMalaysia akan terus memantau dan mengemaskini maklumat serta amaran cuaca

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!