Lawatan PERKESO Melaka bantu tuntutan perlindungan dua pekerja p-hailing

Pertubuhan Tenaga GiG Melaka akan terus mengadakan lawatan bagi memastikan semua pekerja ekonomi gig terutama sektor e-hailing dan p-hailing mendapat perhatian sewajarnya dalam memelihara kebajikan. Foto: ihsan pembaca
Pertubuhan Tenaga GiG Melaka akan terus mengadakan lawatan bagi memastikan semua pekerja ekonomi gig terutama sektor e-hailing dan p-hailing mendapat perhatian sewajarnya dalam memelihara kebajikan. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Tenaga GiG Melaka menzahirkan penghargaan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka yang bertindak segera menyelesaikan tuntutan perlindungan dua pekerja p-hailing yang mengalami masalah kesihatan ketika bertugas pada April dan Ogos lalu.

Pengerusi Penajanya, Muhammad Nazli Zainul Abidin berkata, aduan diterima daripada kedua-dua pekerja terbabit yang mendakwa perlindungan di bawah PERKESO ditolak tanpa sempat mengemukakan permohonan.

Menurutnya, Muhammad Azrul Rozelan, 41, disahkan mengalami strok manakala Mohamed Sharfirnaidi Yusof, 38, yang terlibat kemalangan mengalami kecederaan serius pada kaki.

Lawatan Pertubuhan Tenaga GiG Melaka dan PERKESO membantu tuntutan perlindungan seorang pekerja p-hailing yang terlibat dalam kemalangan di Melaka. Foto: ihsan pembaca
Lawatan Pertubuhan Tenaga GiG Melaka dan PERKESO membantu tuntutan perlindungan seorang pekerja p-hailing yang terlibat dalam kemalangan di Melaka. Foto: ihsan pembaca

"Muhammad Azrul mendakwa tidak sempat mengemukakan permohonan secara rasmi apabila pihak PERKESO telah menolaknya ketika beliau membuat pertanyaan melalui talian telefon.

"Bagi Mohamed Sharfirnadi yang juga pencarum sejak empat tahun lalu, kesnya ditolak kerana carumannya telah luput seminggu sebelum kemalangan berikutan kekeliruan yang timbul apabila kadar caruman daripada RM40 naik mendadak kepada RM240 tanpa sebarang pengumuman," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Rentetan daripada itu, Muhammad Nazli berkata, satu lawatan diadakan bersama PERKESO sekali gus membantu mengisi maklumat tuntutan faedah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKPSPS).

"Tindakan segera oleh PERKESO itu adalah satu contoh yang baik dalam memastikan kebajikan pekerja ekonomi gig di negeri ini sentiasa menerima perhatian sewajarnya kerana tanpa perlindungan, ia akan menggugat kesinambungan hidup pekerja p-hailing berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga berharap pihak PERKESO dapat mempercepatkan permohonan kedua-dua mereka lanjutan kehilangan punca pendapatan," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Pertubuhan Tenaga GiG Melaka mengucapkan terima kasih kepada PERKESO Melaka atas penyelesaian tuntutan perlindungan dua pekerja p-hailing
  • Dua pekerja p-hailing tersebut menghadapi masalah kesihatan, satu disahkan mengalami strok dan satu lagi cedera serius pada kaki kerana kemalangan
  • PERKESO dituntut kerana menolak perlindungan tanpa membenarkan permohonan tersebut dikemukakan
  • Masalah timbul kerana salah seorang pekerja itu mempunyai caruman yang luput dan pertambahan kadar caruman tiba-tiba
  • PERKESO bertindak cepat dengan membantu mengisi maklumat tuntutan dan dianggap memberi perhatian sewajarnya kepada pekerja ekonomi gig

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!