Lima daerah di Terengganu dilanda banjir, lebih 500 mangsa dipindahkan

Mangsa sekitar daerah Marang dipindahkan ke PPS terdekat susulan kediaman dinaiki air.
Mangsa sekitar daerah Marang dipindahkan ke PPS terdekat susulan kediaman dinaiki air.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dengan seramai 544 orang daripada 179 keluarga kini berlindung di 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di lima daerah iaitu Marang, Besut, Dungun, Kuala Terengganu dan Setiu.

Data terkini menerusi portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada pagi Rabu menunjukkan daerah Marang mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 374 orang dipindahkan, diikuti Besut (105 orang).

Keadaan laluan yang dinaiki air akibat banjir yang melanda Daerah Marang.
Keadaan laluan yang dinaiki air akibat banjir yang melanda Daerah Marang.

Banjir di Marang bermula pada Selasa dengan lima PPS dibuka melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payong, SK Simpang Rawai, SK Bukit Gasing, Dewan Sivik Pekan Wakaf Tapai dan SK Pengkalan Berangan.

Sementara itu, di daerah Besut, seramai 103 mangsa daripada 35 keluarga dipindahkan ke lima PPS melibatkan SK Felda Tenang, Dewan Terbuka Kampung Balaoh, Masjid Kampung Bukit Payong, PPK Madani Balaoh dan SK Seri Payong.

Daerah Kuala Terengganu merekodkan seramai 11 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di SK Atas Tol bermula Rabu.

Daerah Setiu pula mencatatkan 17 mangsa dipindahkan ke empat PPS sejak Rabu yang melibatkan SK Batu 29, Balai Raya Merang, Masjid Chalok Kedai dan SMK Langkap.

Di daerah Dungun, seramai 18 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke PPS di Balairaya Kampung Pelandang.

Artikel Berkaitan:

Pihak JKM dan agensi penyelamat kini giat menyalurkan bantuan asas serta memantau keselamatan di semua PPS.

Orang ramai di kawasan berisiko dinasihatkan agar sentiasa bersedia dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 544 orang daripada 179 keluarga
  • Mangsa banjir kini berlindung di 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah
  • Daerah Marang mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 374 orang dipindahkan
  • Di daerah Besut, 103 mangsa daripada 35 keluarga dipindahkan ke lima PPS
  • Pihak JKM dan agensi penyelamat menyalurkan bantuan dan memantau keselamatan di semua PPS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!