Vellfire ‘menyamar’ Kancil disita JPJ Melaka

Lelaki terbabit mengakui menggunakan nombor pendaftaran Perodua Kancil miliknya sendiri selepas cukai jalan Toyota Vellfire tamat tempoh.
Lelaki terbabit mengakui menggunakan nombor pendaftaran Perodua Kancil miliknya sendiri selepas cukai jalan Toyota Vellfire tamat tempoh.
A
A
A

MELAKA – Sebuah Toyota Vellfire menggunakan nombor pendaftaran milik Perodua Kancil disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam satu pemeriksaan di Jalan Tun Mutahir di sini pada Selasa.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, pegawai penguat kuasa mengekori kenderaan mewah yang dipandu lelaki berusia 39 tahun itu selepas mendapati nombor pendaftaran yang digunakan mencurigakan.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan sebenarnya milik sebuah Perodua Kancil, bukan Vellfire tersebut.

“Pemeriksaan turut mendapati kenderaan itu tidak memiliki perlindungan insurans yang sah, manakala Lesen Kenderaan Motor (LKM) didapati tamat tempoh sejak Januari 2025.

Toyota Vellfire yang disita JPJ Melaka pada Selasa.
Toyota Vellfire yang disita JPJ Melaka pada Selasa.

“Lelaki berkenaan juga mengakui menggunakan nombor pendaftaran Perodua Kancil miliknya sendiri selepas cukai jalan Toyota Vellfire tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.

Katanya, JPJ Melaka akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memalsukan atau menyalahgunakan nombor pendaftaran kenderaan.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

 

 

Ringkasan AI

  • Toyota Vellfire dengan nombor pendaftaran Perodua Kancil disita oleh JPJ Melaka
  • Penguatkuasaan dijalankan selepas pegawai JPJ mencurigai nombor pendaftaran kenderaan tersebut
  • Nombor pendaftaran sebenar adalah milik Perodua Kancil dan bukan untuk Vellfire
  • Kenderaan tersebut tidak memiliki perlindungan insurans yang sah dan LKM tamat tempoh
  • Pemilik mengakui menggunakan nombor pendaftaran Perodua Kancil selepas cukai jalan Vellfire tamat tempoh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!