Pelakon Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia

SHAH ALAM - Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di kediamannya di Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak kedua seniman itu, Muhammad Al Syafiq, 36.
Menurut Muhammad Al Syafiq, beliau baru sahaja tiba di kediaman mereka selepas pulang dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kira-kira jam 9.10 malam sebelum mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.
“Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi jam 9.10 malam.
“(Jenazahnya) akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Ramai, Kuala Lumpur,” katanya menerusi perkongsian di Instagram pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan pada Julai lalu bahawa keadaan fizikal pelakon popular itu semakin merosot.
Allahyarham Dharma yang popular dengan filem Sikit Punya Gila dan Adik Manja, tinggal bersama Muhammad Al Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37.
Kedua-dua anaknya masih belajar di ASWARA.
Allahyarham Dharma sebelum ini turut dilaporkan berat badannya hanya mencecah 45 kilogram.
Ringkasan AI
- Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di kediamannya di Kuala Lumpur pada malam Selasa
- Anak kedua Dharma, Muhammad Al Syafiq, 36, yang memberitahu tentang pemergian ayahnya
- Penemuan jasad ayahnya dibuat oleh Muhammad Al Syafiq selepas pulang dari ASWARA kira-kira jam 9.10 malam
- Jenazah Dharma akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Ramai, Kuala Lumpur
- Dharma pernah popular dengan filem Sikit Punya Gila dan Adik Manja, tinggal bersama dua anaknya yang masih belajar di ASWARA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
