Lelaki tular bersilat di tanah perkuburan ditahan, positif dadah

Aksi seorang lelaki yang bersilat di kawasan tanah perkuburan Islam di Kluang tular di media sosial.
Aksi seorang lelaki yang bersilat di kawasan tanah perkuburan Islam di Kluang tular di media sosial.
A
A
A

KLUANG - Lelaki yang tular melakukan aksi silat sambil memakai topi keledar di Tanah Perkuburan Kampung Melayu di sini, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, susulan tular video berkenaan sepasukan anggota dari Balai Polis Sri Lalang berjaya menahan lelaki berkenaan pada kira-kira jam 1 tengah hari pada Isnin.

“Suspek berusia 31 ditangkap di tepi Jalan Merdeka, Sri Lalang. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek telah direman selama tiga hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Video berdurasi 27 saat itu dirakam pengguna jalan raya sebelum dimuat naik ke laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Pada Ahad, Pejabat Kadi Daerah Kluang dalam kenyataannya memaklumkan tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan tanah perkuburan berkenaan.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Lelaki yang tular melakukan aksi silat di tanah perkuburan didapati positif dadah
  • Lelaki berusia 31 tahun itu ditangkap di tepi Jalan Merdeka, Sri Lalang
  • Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine
  • Suspek memiliki empat rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!