Tular lelaki bersilat di tanah kubur, Kadi Daerah Kluang diarah siasat

Aksi seorang lelaki melakukan pergerakan menyerupai silat di kawasan tanah perkuburan Islam di Kluang tular di media sosial.
Aksi seorang lelaki melakukan pergerakan menyerupai silat di kawasan tanah perkuburan Islam di Kluang tular di media sosial.
A
A
A

KLUANG – Satu video memaparkan seorang lelaki melakukan pergerakan menyerupai silat di kawasan tanah perkuburan Islam di sini tular di media sosial, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Video berdurasi 27 saat itu dirakam oleh pengguna jalan raya dan dimuat naik ke media sosial sejak Jumaat lalu.

Rakaman berkenaan menunjukkan seorang lelaki memakai jaket serta bertopi keledar berdiri di kawasan kubur sambil melakukan beberapa gerakan tangan dan kaki.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meminta Kadi Daerah Kluang menyiasat perkara tersebut bagi memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab di tanah perkuburan.

Penularan video itu turut mengundang pelbagai reaksi, termasuk kebimbangan mengenai adab serta sensitiviti di kawasan perkuburan, selain kemungkinan individu terbabit memerlukan bantuan daripada pihak berkuasa atau ahli keluarga.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Video seorang lelaki melakukan pergerakan menyerupai silat di kawasan tanah perkuburan Islam tular di media sosial
  • Video itu dirakam oleh pengguna jalan raya dan dimuat naik sejak Jumaat lalu
  • Lelaki dalam video memakai jaket dan bertopi keledar sambil melakukan gerakan tangan dan kaki
  • Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor akan menyiasat perkara tersebut untuk memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab di tanah perkuburan
  • Penularan video itu mengundang reaksi termasuk kebimbangan mengenai adab dan sensitiviti di kawasan perkuburan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!