X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua Pembangkang DUN Selangor negatif Covid-19

Rizam menjalani ujian Covid-19 secara pandu lalu di sebuah hospital kelmarin.
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor disahkan negatif jangkitan koronavirus (Covid-19) hasil ujian dijalankan di sebuah hospital.

Rizam Ismail melalui laman sosialnya berkata, beliau membuat ujian itu kelmarin dan disahkan bebas daripada wabak berkenaan.

"Alhamdulillah, semalam (kelmarin) saya membuat ujian saringan Covid-19 dan hari ni (semalam) hospital menghubungi saya mengatakan saya negatif. Syukur kepada ALLAH," katanya dalam status di muat naik di Facebook beliau malam tadi.

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar berkata, orang ramai yang tidak dapat menjalani saringan Covid-19 di hospital kerajaan boleh mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta.

"(Mereka yang bimbang) bolehlah pergi ke Thomson Hospital Kota Damansara secara pandu lalu atau mana-mana hospital swasta yang menyediakan perkhidmatan ujian saringan Covid-19," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!