Kerja pemasangan rasuk Jalan Pintasan Air Itam capai 82 peratus

Zairil (dua dari kanan) mendengar taklimat daripada pekerja tapak mengenai pemasangan rasuk di Projek Pakej 2: Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam.
Zairil (dua dari kanan) mendengar taklimat daripada pekerja tapak mengenai pemasangan rasuk di Projek Pakej 2: Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerja-kerja pemasangan rasuk bagi Projek Pakej 2: Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam kini mencapai kemajuan 82 peratus.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, menurut Penang Infrastructure Corporation (PIC), sehingga kini sebanyak 269 daripada keseluruhan 329 unit rasuk telah berjaya dilancarkan sejak kerja tersebut dimulakan.

“Pada 22 November lalu sahaja, tiga rasuk berjaya dilancarkan dengan setiap satu berukuran 2.2 meter tinggi, 2.25 meter lebar, 39.45 meter panjang dan seberat 120 tan.

"Ini merupakan elemen struktur utama untuk pembinaan viaduct dan jambatan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kerja-kerja pemasangan rasuk bagi Projek Pakej 2: Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam kini mencapai kemajuan 82 peratus.
Kerja-kerja pemasangan rasuk bagi Projek Pakej 2: Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam kini mencapai kemajuan 82 peratus.

Beliau berkata, baki 60 unit rasuk akan dilancarkan secara berperingkat mengikut seksyen, bergantung kepada kesediaan sub-struktur, keadaan cuaca dan faktor keselamatan tapak.

"Keseluruhan kerja pemasangan rasuk dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2026 mengikut jadual semasa.

"Dalam pada itu, laporan kemajuan keseluruhan projek sehingga 31 Oktober 2025 menunjukkan kerja fizikal telah mencapai 87 peratus.

Artikel Berkaitan:

"PIC bersama kontraktor terlibat akan terus memastikan kerja pembinaan mematuhi aspek keselamatan, kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya," katanya.

Projek Pakej 2: Jalan Pintasan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Ayer Itam merupakan salah satu projek di bawah Komponen Jalan-Jalan Utama dan Laluan Ketiga (PMRT) dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang telah bermula sejak tahun 2021 bagi Seksyen 1 dan tahun 2022 bagi Seksyen 2 hingga Seksyen 6.

Setelah siap kelak, jalan raya bebas tol sepanjang 5.7 kilometer yang menghubungkan Bandar Baru Ayer Itam dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu tersebut akan memendekkan waktu perjalanan daripada 40 minit ke sekitar 5 minit.

Projek berkenaan dilaksanakan oleh Consortium Zenith Construction (CZC) dengan kendalian PIC melibatkan pembinaan tiga persimpangan bertingkat iaitu di Lebuhraya Thean Teik, Jalan Bukit Gambir-Jalan Sultan Azlan Shah serta Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang merangkumi persimpangan masuk-keluar kiri dan pusingan U bertingkat.

Ringkasan AI

  • Kerja pemasangan rasuk Jalan Pintasan Air Itam mencapai kemajuan 82 peratus
  • Sebanyak 269 daripada 329 unit rasuk telah berjaya dilancarkan
  • Baki 60 unit rasuk akan dilancarkan secara berperingkat
  • Kerja pemasangan rasuk dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2026
  • Projek itu akan memendekkan waktu perjalanan daripada 40 minit ke sekitar 5 minit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!