[VIDEO] KPM siasat dakwaan penjualan soalan SPM bocor

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat penjualan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa bocor.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Dr Azam Ahmad berkata, walaupun tiada laporan rasmi dikemukakan, pihaknya menyedari dakwaan yang berlegar- legar di media sosial.
"Itu dalam tindakan Lembaga Peperiksaan dan saya pasti mereka ada prosedur," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan hari pertama SPM di SMK Putrajaya Presint 11(1) di sini pada Selasa.
Sebelum ini tular beberapa tangkap layar pihak-pihak yang menawarkan soalan SPM yang didakwa bocor dan dijual pada harga serendah RM499 setiap subjek.
Malah, untuk meyakinkan pihak berkenaan turut memberi jaminan mendapat A dan wang dikembalikan.
Dalam pada itu, Azam menegaskan dan memberi jaminan bahawa kertas soalan SPM berada dalam kawalan baik KPM.
"Buat sekarang ini kita percaya soalan-soalan SPM kita masih lagi terkawal dengan baik," jelas beliau.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menyiasat penjualan kertas peperiksaan SPM yang didakwa bocor
- Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menyedari dakwaan penjualan soalan SPM di media sosial
- Tangkap layar menunjukkan soalan SPM dijual pada harga serendah RM499 setiap subjek
- Penjual juga menawarkan jaminan mendapat A dan wang dikembalikan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

