Laporkan salah guna dana, bantuan banjir - SPRM

SPRM turut menyeru semua pihak agar sentiasa mematuhi peraturan, menjaga keselamatan diri serta harta.
SPRM turut menyeru semua pihak agar sentiasa mematuhi peraturan, menjaga keselamatan diri serta harta.
A
A
A

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa masyarakat supaya segera melaporkan sebarang salah laku berkaitan pengurusan bantuan banjir, ketika negara berdepan bencana yang melanda lapan negeri termasuk kawasan utara, Pantai Timur dan Selangor.

SPRM berkata, situasi banjir yang semakin membimbangkan bukan sahaja menjejaskan rutin harian mangsa, malah memberi kesan besar terhadap ekonomi, pendidikan dan pekerjaan penduduk yang terkesan.

“Pelbagai agensi kerajaan sedang bertungkus lumus memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terjamin, nilai integriti perlu menjadi pegangan utama,” katanya dalam kenyataan di media sosial rasminya pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, mangsa banjir dinasihatkan memohon bantuan secara jujur mengikut keperluan sebenar supaya setiap bentuk bantuan dapat diagihkan secara adil kepada mereka yang layak.

“SPRM turut mengingatkan orang ramai supaya menghormati giliran dan mematuhi proses pengagihan bagi mengelakkan kekecohan di lokasi bantuan,” katanya.

Suruhanjaya itu juga menekankan kepentingan menyemak kesahihan maklumat yang dikongsi di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dan penularan maklumat palsu.

“Orang ramai digesa mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi termasuk media arus perdana dan agensi kerajaan bagi memastikan ketepatan maklumat,” katanya.

SPRM turut menekankan keperluan melaporkan segera sebarang salah laku termasuk eksploitasi mangsa atau penyalahgunaan bantuan banjir supaya tindakan tegas dapat diambil tanpa kompromi.

“Pada masa sama, petugas dan mangsa diminta menjaga amanah serta tatatertib ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menjamin kebersihan, kesihatan dan keselamatan semua, terutama bagi mengelakkan risiko penyakit berjangkit,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut SPRM, kesedaran integriti dalam kalangan masyarakat dan petugas amat penting bagi memastikan bantuan sampai kepada sasaran tanpa sebarang penyelewengan.

“SPRM turut menyeru semua pihak agar sentiasa mematuhi peraturan, menjaga keselamatan diri serta harta benda dan bersama-sama mengekalkan integriti dalam menghadapi ujian banjir,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • SPRM menggesa masyarakat melaporkan salah laku pengurusan bantuan banjir
  • Banjir membawa kesan besar terhadap ekonomi, pendidikan, dan pekerjaan
  • Mangsa banjir dinasihatkan memohon bantuan secara jujur
  • Penting menyemak kesahihan maklumat di media sosial
  • Menekankan kepentingan melaporkan sebarang salah laku untuk tindakan tegas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!