Bot cuba elak pemeriksaan bongkar aktiviti tangkap ikan secara haram

Bot dinaiki tiga warga inidvidu yang merupakan warga tempatan sebelum itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan sebelum dihampiri dan diperiksa anggota Maritim Malaysia.
Bot dinaiki tiga warga inidvidu yang merupakan warga tempatan sebelum itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan sebelum dihampiri dan diperiksa anggota Maritim Malaysia.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Tindakan tiga individu menangkap ikan secara haram menggunakan sebuah bot gagal apabila dipintas dan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan di sini pada Ahad.

Bot dinaiki tiga warga individu yang merupakan warga tempatan sebelum itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan sebelum dihampiri dan diperiksa anggota Maritim Malaysia.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot ronda anggotanya menahan bot tersebut kira-kira jam 1.50 petang ketika melaksanakan rondaan rutin di kedudukan 0.3 batu nautika barat daya Pelabuhan Klang.

"Kami mengesan pergerakan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang dilihat cuba mengelak pemeriksaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen sah untuk melakukan aktiviti penangkapan ikan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, bot itu dikendalikan seorang tekong berusia 47 tahun bersama dua awak-awak masing-masing berusia 28 dan 50 tahun.

"Kegagalan mengemukakan lesen sah menjadikan aktiviti penangkapan ikan tersebut satu kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985.

“Ketiga-tiga individu bersama bot itu telah diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Pulau Indah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Abdul Muhaimin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berani melanggar undang-undang perikanan.

Artikel Berkaitan:

"Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan khususnya di perairan Selangor bagi membanteras aktiviti perikanan haram yang menjejaskan sumber laut negara.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di 013-660 6652," katanya.

 

Ringkasan AI

  • Tiga individu ditahan kerana menangkap ikan secara haram di Pelabuhan Klang
  • Bot yang dinaiki warga tempatan dikesan bergerak mencurigakan sebelum ditahan
  • Bot tanpa nombor pendaftaran cuba mengelak pemeriksaan Maritim Malaysia
  • Individu tersebut gagal menunjukkan dokumen sah untuk aktiviti penangkapan ikan
  • Maritim Malaysia meningkatkan penguatkuasaan untuk membanteras aktiviti perikanan haram di Selangor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!