X

Kindly register in order to view this article
!

Dua syarikat korporat sumbang RM1 juta untuk TBBNJ

Micheal (kiri) menyampaikan sumbangan syarikat Crescendo Corporation Bhd berjumlah RM1 juta kepada Hasni untuk TBBNJ di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini
A
A

ISKANDAR PUTERI - Syarikat korporat Dialog Group Berhad (Bhd) dan Crescendo Corporation Bhd tampil menghulurkan bantuan masing- masing sebanyak RM1 juta untuk Tabung Bantuan Bencana Negeri Johor (TBBNJ) pada hari ini.

Sumbangan dari Dialog Group Bhd disampaikan Pengarahnya, Datuk Ismail Karim dan Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaannya, Shahruddin Ahmad kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar di sini.

Daripada jumlah RM1 juta itu, sejumlah RM500,000 disumbangkan khas untuk TBBNJ manakala selebihnya untuk Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi membeli peralatan perubatan.

Sementara sumbangan Crescendo Corporation Bhd pula disampaikan oleh Pengarahnya, Datuk Micheal S H Tan kepada Menteri Besar Johor dan khusus disalurkan untuk TBBNJ.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus