Kubang Pasu pula dilanda banjir

JITRA - Kubang Pasu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Kedah selepas Kulim akibat dilaporkan menerima hujan lebat yang berterusan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, sekurang-kurangnya tiga kampung di sekitar Changlun dalam daerah Kubang Pasu menjadi lokasi terbaharu dilanda banjir di negeri ini.
Menurutnya, tiga kampung terjejas adalah Kampung Nangmah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Nongmi bagaimanapun jumlah mangsa terjejas masih dalam bancian setakat ini.

Sementara itu, di Kulim, seramai 388 mangsa daripada 118 keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi Isnin.
Menurut maklumat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik menempatkan seramai 175 mangsa diikuti Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang sejumlah 169 mangsa dan Surau Keda Naga Lilit seramai 44 mangsa.
Sembilan kampung dilanda banjir adalah Kampung Sungai Seluang Atas, Kampung Sungai Seluang Bawah, Kampung Bukit Sarang Ayam dan Kampung Siam.
Selain itu, Kampung Titi Tok Aris, Kampung Paya Serdang, Kampung Batu 7 3/4 Padang Serai, Kampung Balik Bukit dan Kampung Naga Lilit turut terjejas.
Ringkasan AI
- Kubang Pasu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Kedah selepas Kulim Sekurang-kurangnya tiga kampung di sekitar Changlun dalam daerah Kubang Pasu dilanda banjir Tiga kampung yang terjejas adalah Kampung Nangmah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Nongmi Di Kulim, 388 mangsa daripada 118 keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan sementara Sembilan kampung di Kulim juga dilanda banjir termasuk Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Bukit Sarang Ayam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

