JPJ Pahang siasat video interaksi penguat kuasa dengan pemandu lori

Tangkap layar video tular yang mendakwa penguat kuasa JPJ bertindak kasar dengan pemandu lori di kawasan Tol Lanchang pada Khamis.
Tangkap layar video tular yang mendakwa penguat kuasa JPJ bertindak kasar dengan pemandu lori di kawasan Tol Lanchang pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang sedang menyiasat video tular yang memaparkan interaksi seorang penguat kuasa JPJ dengan seorang pemandu lori di kawasan Tol Lanchang pada Khamis.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan JPJ, insiden itu dirakam semasa pemeriksaan ke atas lori yang disyaki membawa muatan selain daripada yang disyaratkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Difahamkan pemandu berkenaan enggan memberikan kerjasama.

“JPJ Pahang komited memastikan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Siasatan insiden melibatkan penguat kuasa dijalankan secara telus dan bebas,” menurut kenyataan itu pada Ahad.

Kenyataan sama memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh penguat kuasa JPJ Pahang berhubung kejadian berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan dakwaan yang tidak berasas sehingga siasatan selesai," kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 48 saat di laman sosial yang menunjukkan pemeriksaan terhadap pemandu lori tersebut sedang dijalankan.

Dalam rakaman tersebut dilihat penguat kuasa dikatakan bertindak kasar dengan pemandu lori yang dipercayai sedang membuat panggilan telefon di lokasi terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JPJ Pahang sedang menyiasat video tular menunjukkan interaksi antara penguat kuasa JPJ dengan pemandu lori
  • Insiden tersebut berlaku semasa pemeriksaan ke atas lori yang disyaki membawa muatan tidak sah menurut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
  • Pemandu lori tersebut enggan memberikan kerjasama
  • Siasatan dijalankan secara telus dan bebas untuk memastikan SOP penguatkuasaan dipatuhi
  • Laporan polis telah dibuat oleh penguat kuasa JPJ berkenaan insiden itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!