Mula-mula perang mulut akhirnya bergaduh

Tangkap layar video tular memaparkan pergaduhan yang berlaku
Tangkap layar video tular memaparkan pergaduhan yang berlaku
A
A
A

SEREMBAN - Bermula dengan pertengkaran mulut akhirnya membawa kepada pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki cedera di hadapan sebuah restoran di Kemayan Square di sini pada Ahad.

Video kejadian yang tular memaparkan mangsa dihentak beberapa kali pada kepala dengan topi keledar sehingga terbaring tidak sedarkan diri.

Menerusi video berkenaan, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan perbuatan mangsa yang memecahkan cermin keretanya dengan sebatang besi semasa pertengkaran mulut itu.

Bagaimanapun, dua lelaki yang menyerang mangsa kemudiannya melarikan diri dengan menunggang motosikal sejurus kereta peronda polis tiba di lokasi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, seorang wanita telah membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.39 tengah hari.

"Dia memaklumkan teman lelakinya telah dipukul menggunakan topi keledar oleh dua lelaki yang dikenal pasti dalam kejadian jam 3.30 pagi.

"Mangsa mengalami cedera pada bahagian kepala dan hidung serta telah dibawa ke sebuah hospital swasta di Port Dickson untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Tambahnya, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini atau menyebarkan maklumat tidak benar sehingga mengganggu siasatan pihak polis," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera.

 

 

Ringkasan AI

  • Pertengkaran mulut antara dua lelaki berakhir dengan pergaduhan dan seorang cedera di Seremban
  • Video kejadian menunjukkan mangsa dipukul dengan topi keledar sehingga pengsan
  • Suspek melarikan diri dengan motosikal selepas menyerang mangsa
  • Seorang wanita membuat laporan polis mengenai kejadian itu
  • Ketua Polis Daerah Seremban mengesahkan suspek telah dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!