Gelagat Tun Hasmah tegur pemanduan Tun M curi tumpuan

SHAH ALAM - Gelagat isteri kepada bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali mencuri tumpuan apabila beliau menaiki kereta yang dipandu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di Facebook, Tun Hasmah dilihat menegur Dr Mahathir agar meletakkan kedua-dua tangan pada stereng ketika memandu.
“Tidak perlu pegang stereng ke? (Kereta ini) perlu pusing,” tegur Tun Hasmah pada Sabtu.
Namun, Dr Mahathir dengan nada berseloroh menjawab bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian kerana kenderaan tersebut mampu bergerak sendiri tanpa pengendalian pemandu.
“Tidak perlu pusing (stereng), ia boleh pusing sendiri,” katanya.
Pasangan berkenaan turut kelihatan bergurau senda sepanjang perjalanan mereka menuju ke sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Mereka juga sempat beramah mesra dan bergambar dengan pengunjung di premis berkenaan.
Ringkasan AI
- Gelagat isteri Tun Dr Mahathir, Tun Hasmah mencuri tumpuan ketika menegur suami tentang cara memandu
- Tun Hasmah menegur Dr Mahathir agar meletakkan kedua tangan pada stereng
- Dr Mahathir berseloroh mengatakan kereta tersebut boleh bergerak sendiri
- Pasangan tersebut bergurau senda semasa dalam perjalanan ke restoran
- Mereka beramah mesra dan bergambar dengan pengunjung di restoran
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

