'Tahniah dapat bapa baharu' - Ibu Shila Amzah, Fauziah Sarman kembali bergelar isteri

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah yang mendapat bapa tiri selepas ibunya menamatkan zaman solo pada Sabtu.
Berita tersebut dikongsikan menerusi Instagram pereka fesyen terkenal, Seth & Luna yang memuat naik gambar Fauziah Sarman, 57, atau lebih dikenali Mama Zie anggun memakai sepersalinan ungu.
Manakala Shila dan suami, Ubai sekeluarga menggayakan pakaian sedondon kuning pastel.
“Tahniah Shila Amzah dapat bapa baru hari ini.
“Selamat pengantin baharu buat Mama Zie dan Tuan Zainal. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah," titipnya.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya menitipkan ucapan tahniah buat Fauziah dan pasangan.
Sementara Shila menerusi Threads memohon doa daripada peminat buat keluarga tercinta.
"Bismillahirrahmanirrahim, Saya minta kalian doakan famili saya hari ini," kongsinya.
Sekadar info, Julai lalu bekas isteri kepada penyanyi era 80-an, Datuk ND Lala itu, berkongsi akan berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda.
Untuk rekod, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga dengan ND Lala dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.
Namun, rumah tangga yang dibina akhirnya berakhir apabila mereka disahkan bercerai pada 2 Ogos 2023. - SinarPlus
Ringkasan AI
- Shila Amzah mendapat bapa tiri selepas ibunya, Fauziah Sarman, menikah lagi
- Berita pernikahan dikongsikan di Instagram oleh pereka fesyen Seth & Luna
- Shila dan keluarga menggayakan pakaian sedondon kuning pastel dalam acara tersebut
- Ucapan tahniah dan doa untuk kebahagiaan dikirimkan oleh warga maya dan Shila sendiri
- Fauziah Sarman sebelumnya berkahwin dengan Datuk ND Lala dan bercerai pada 2 Ogos 2023
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
