‘Musim sebenar bermula sekarang’ – Guardiola

Guardiola akan menyambut perlawanan ke-1,000 sebagai pengurus di Etihad.
Guardiola akan menyambut perlawanan ke-1,000 sebagai pengurus di Etihad.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan bahawa musim sebenar baru sahaja bermula ketika pasukannya meneruskan misi memburu Arsenal di puncak saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

City sebelum ini merapatkan jurang kepada empat mata selepas membelasah Liverpool 3-0 sebelum saingan berehat untuk aksi antarabangsa, manakala Arsenal tercicir mata apabila hanya seri 2-2 menentang Sunderland.

Guardiola mengakui keputusan-keputusan itu mampu menjadi pemangkin momentum penting dalam perebutan takhta liga.

“Saya pernah rasa perkara yang sama ketika bersaing sengit dengan Liverpool dahulu. Kami tahu mereka jarang hilang mata.

"Kalau mereka mula jauh, sukar untuk mengejar,” katanya sambil mengingatkan situasi sama ketika Liverpool mendominasi musim lalu dengan empat perlawanan berbaki.

Juara liga enam kali itu bagaimanapun menegaskan tiada apa yang akan diputuskan pada November.

“Musim ini ada dua fasa iaitu satu selepas jendela perpindahan tamat, dan satu lagi selepas rehat antarabangsa.

"Sekarang rehat antarabangsa sudah berakhir, kami akan bersama hingga Mac bertarung setiap tiga atau empat hari. Di sinilah musim sebenar bermula,” ujarnya.

Guardiola berkata, fokus utama City kini adalah untuk sentiasa kekal rapat di belakang pendahulu agar mereka tiba di penghujung musim dengan peluang nyata untuk merebut kejuaraan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pep Guardiola menyatakan musim sebenar Manchester City bermula selepas rehat antarabangsa dalam misi mengejar Arsenal di puncak EPL
  • City merapatkan jurang kepada empat mata dengan Arsenal selepas membelasah Liverpool dan Arsenal seri dengan Sunderland
  • Guardiola menganggap keputusan terkini sebagai pemangkin momentum dalam saingan untuk takhta liga
  • Guardiola pernah mengalami situasi serupa berhadapan dengan Liverpool, menekankan pentingnya tidak terlalu jauh ketinggalan
  • Fokus utama City adalah untuk kekal rapat dengan Arsenal untuk peluang merebut kejuaraan di penghujung musim

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!