Nurul Izzah sebagai calon MB Selangor? Ini cuma pandangan Amirudin - PM

Anwar ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Afrika Selatan, pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Afrika Selatan, pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

JOHANNESBURG - "Itu pandangan dia. Dia tidak bincang dengan saya,"

Ini jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila diminta mengulas cadangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari agar Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjadi penggantinya di Selangor.

Amirudin dalam program audio siar, Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan baru-baru ini berkata, cadangan itu pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya.

Amirudin berkata demikian sebagai menjawab soalan Khairy mengenai sama ada terdapat kemungkinan untuk Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya akan datang, sekali gus diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.

Apabila ditanya pula tentang kesediaan Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak untuk menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan, Anwar dengan nada berseloroh bertanya adakah beliau salah satu cadangan nama.

"Ini baru satu nama, saya ada beberapa kekosongan lagi. Kena beri lebih nama," kata beliau sambil tersenyum.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Afrika Selatan, di sini, pada Jumaat. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibincangkan oleh Datuk Seri Amirudin Shari tentang cadangan Nurul Izzah menjadi MB Selangor
  • Cadangan membabitkan Nurul Izzah disuarakan Amirudin dalam program audio siaran
  • Amirudin memperkenalkan cadangan bagi Nurul Izzah mengambil alih kerusi DUN Selangor
  • Amirudin juga sedia menggalas tanggungjawab di peringkat Persekutuan
  • Anwar menyatakan perlunya lebih banyak cadangan nama untuk kekosongan yang ada

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!