Tular pekerja restoran cuci ikan dekat saluran sampah

SINGAPURA – Seorang pengunjung restoran berasa jijik selepas melihat pekerja premis berkenaan mencuci ikan di dalam baldi berdekatan saluran sampah di Changi Village, Singapura.
Menurut laporan laman berita Stomp, pengunjung dikenali sebagai Eida berkata, dia melihat kejadian itu selepas selesai makan tengah hari di restoran berkenaan.
"Saya sangat terkejut dan jijik. Saya telah memesan ikan yang sama," katanya.
Dalam sebuah video yang dikongsikannya menunjukkan seorang pekerja berdiri berhampiran kawasan saluran sampah sambil membasuh potongan ikan di dalam baldi.
Sebagai tindak balas selepas kejadian itu tular, Agensi Makanan Singapura memaklumkan pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut. – Agensi
Ringkasan AI
- Seorang pengunjung restoran di Changi Village, Singapura, jijik melihat pekerja mencuci ikan dekat saluran sampah
- Pengunjung tersebut, Eida, menyaksikan kejadian itu selepas makan tengah hari
- Eida terkejut dan jijik kerana dia telah memesan ikan yang sama
- Sebuah video menunjukkan pekerja itu membasuh ikan dalam baldi berhampiran saluran sampah
- Agensi Makanan Singapura sedang menyiasat kejadian ini selepas ia menjadi tular
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

