Calon GRS sanggup redah sungai demi pastikan kerja ukur tanah di Karambunai telus

KOTA KINABALU – Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai berjanji akan turun padang menyertai kerja-kerja pengukuran tanah di kawasan berkenaan jika diberikan mandat kelak.
Datuk Arshad Idris berkata, beliau sanggup merentasi sungai asalkan proses penggazetan tanah dapat dijalankan.
"Saya sendiri akan ikut Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) turut ke sungai untuk mengukur tanah yang telah diluluskan.
"Kalau JTU sendiri sahaja, takut bilang menipu, biarlah saya sendiri ikut, sama-sama supaya penduduk kampung tahu dan faham inilah pemimpin yang sentiasa berjuang bagi masyarakat di kawasan sekitar ini," katanya ketika berucap sempena Program Bersama Pemimpin di Kampung Numbak, pada Jumaat malam.
Menurutnya, usaha tersebut bukan perkara baharu.
"Beberapa tahun selepas menjadi ketua bahagian di kawasan ini, sudah sepuluh kampung kita gazetkan."
"Ini sebagai bukti bahawa perjuangan kita di kawasan ini sentiasa memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan," katanya.
Sehubungan itu, Arshad berharap diberikan peluang untuk memimpin DUN Karambunai.
Ringkasan AI
- Calon GRS bagi DUN Karambunai berjanji akan turun sendiri menyertai kerja-kerja pengukuran tanah
- Datuk Arshad Idris sanggup merentasi sungai untuk proses penggazetan tanah
- Beliau ingin memastikan proses pengukuran dilakukan dengan transparan dan adil
- Arshad telah menggazetkan sepuluh kampung sejak menjadi Ketua Bahagian
- Berharap diberikan peluang untuk memimpin DUN Karambunai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
